China Terus Hulur Bantuan Kemanusiaan ke Gaza

2023-10-27 11:50:00  CRI
Share with:

China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza untuk membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Xu Wei pada Khamis berkata China sedih melihat kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin buruk berikutan konflik itu.

Bagi meredakan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China memutuskan untuk menghantar lagi bantuan kemanusiaan bernilai 15 juta yuan (RM9.8 juta) yang merangkumi bahan makanan dan ubat-ubatan kepada Gaza.

Terdahulu, China telah memberikan bantuan tunai sebanyak USD1 juta (RM4.77 juta) melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) secara berasingan.