Washington Boleh Diilhamkan dari Lawatan Gabenor California di China

2023-10-27 15:28:40  CRI
Share with:

Gabenor California Amerika Syarikat, Gavin Newsom masih berada dalam jadual lawatannya di China pada masa sekarang, setelah menghadiri pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping pada Rabu lalu. Daily Mail Britain melaporkan bahawa Newsom telah mendapat sambutan hangat daripada pemimpin China. Ada media asing lagi menyatakan bahawa ini menggambarkan keprihatinan dan kehendak China untuk mendorong kerjasama kedua-dua negara di peringkat daerah.

Presiden Xi pernah berkali-kali menyatakan bahawa asas hubungan dua negara berakar di kalangan rakyat dan masa depan bersandarkan pada golongan belia. Di mata Xi buat masa sekarang, kerjasama dan interaksi di peringkat daerah juga menentukan sama ada hubungan itu dinamik atau tidak.

Mencari peluang kerjasama untuk menangani isu perubahan iklim antara tugas penting dalam lawatan Newsom ke China kali ini. Beliau ketika diwawancara CNN pada bulan September pernah berkata, hubungan dengan China yang melibatkan isu perubahan iklim perlu dijadikan hubungan yang paling penting dan substantif untuk ditangani.

California antara pangkalan inovasi sains dan teknologi paling penting di AS. Menurut laporan berkenaan, Newsom menunjukkan minat besar terhadap kerjasama sains dan teknologi. Misalnya, semasa melawat di bandar Shenzhen, beliau mengagumi pembinaan jaringan pintar pengangkutan awam yang begitu cepat dan luas dapat diselesaikan dalam beberapa tahun sahaja dan menyatakan ini juga sebabnya kenapa beliau memilih melawat ke sana. Selepas melakukan uji cuba memandu kenderaan elektrik bateri (BEV) buatan syarikat BYD, beliau memuji produk BYD itu mewakili teknologi masa depan.

Menyentuh tentang hubungan AS-China, Newsom mempunyai kognisi yang rasional dan realistik. Semasa bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG), Newsom berkata, "cantas hubungan" bukan pilihan bagi kedua-dua negara ini. Dalam sidang media yang terbabit, beliau menyatakan bahawa kerjasama AS-China bukan permainan campur tolak (sama kalah), "Jika China mencapai kejayaan yang semakin besar, kita semua pun akan mencapai kejayaan yang semakin besar". Ucapan beliau tersebut mewakili kognisi AS di peingkat daerah yang objektif terhadap hubungan dua hala, dan juga menggambarkan kehendak masyarakat AS terhadap hubungan negaranya dengan China yang diharap dapat menjadi reda.

Kedua-dua negara China dan AS mempunyai kapasiti ekonomi  yang sama dengan satu pertiga keseluruhan dunia, populasi yang menduduki satu perempat keseluruhan dunia dan nilai dagangan yang mencatat kira-kira seperlima keseluruhan global. Pencapaian yang holistik ini patut mendapat penghargaan yang tinggi. California dapat mengekalkan hubungan persahabatan dengan China dalam jangka masa panjang yang lalu adalah kerana sanggup mengetepikan perbezaan ideologi, dan menggerakkan kerjasama dengan sikap yang rasional dan terbuka. Pada saat hubungan China-AS mula melantun ke arah stabil, kelompok politikus Washington boleh diilhamkan dari sikap Gabenor California yang rasional dan realistik dalam pergaulan dengan Beijing.