Mesyuarat Pegawai Kanan Ke-21 bagi Pelaksanaan DoC di Beijing

2023-10-27 13:33:25  CRI
Share with:

Mesyuarat Pegawai Kanan Ke-21 bagi Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) diadakan di Beijing hari ini.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning semalam.

Beliau berkata, China dan ASEAN telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam berhubung situasi semasa di Laut China Selatan (LCS), pelaksanaan DoC, kerjasama maritim yang praktikal, dan perbincangan Kod Tatalaku LCS (CoC). Pelbagai pihak bersepakat bahawa memelihara kedamaian dan kestabilan LCS membawa makna besar, dan menyeru pihak-pihak terbabit mengambil sikap bersabar, meningkatkan interaksi, dan berhemah menangani perselisihan, di samping bersetuju untuk bertindak pantas dalam melaksanakan DoC secara komprehensif dan memperdalam kerjasama dalam bidang maritim yang mencakupi penyelidikan, pemeliharaan alam, penyelamatan dan penguatkuasaan. Sementara itu, China dan ASEAN juga komited mempercepat rundingan CoC demi menjadikan LCS laut kedamaian, persahabatan dan kerjasama.