PBB Lulus Resolusi Menyeru Gencatan Senjata Palestin-Israel

2023-10-28 14:58:17  CRI
Share with:

Mesyuarat tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat meluluskan satu resolusi yang menyeru Palestin dan Israel yang berkonflik melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan yang konsisten dengan serta-merta sehingga tindakan permusuhan berhenti. 

Resolusi itu menekankan bahawa semestinya mencegah situasi rantau berkenaan dari terus memburuk dan meruncing dan hanya melalui pendekatan damai yang berdasarkan ketetapan PBB berkenaan, undang-undang antarabangsa serta "penyelesaian dua negara", konflik itu baharulah dapat diselesaikan dengan adil dan secara tuntas. 

Resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 undi menentang dan 45 undi berkecuali.