Hala Tuju Perjuangkan Lonjakan Baharu dalam Kebangkitan Timur Laut

2023-10-28 14:54:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Jumaat untuk membahas dasar dan langkah-langkah tentang terus memperjuangkan lonjakan baharu dalam kebangkitan kawasan bahagian timur laut China dengan menyeluruh pada era baharu.

Mesyuarat itu menyatakan bahawa mendorng kebangkitan timur laut China merupakan satu keputusan strategik utama yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PKC. Dengan adanya sumber yang kaya, asas perindustrian yang kukuh, lokasi geografi yang unik dan potensi pembangunan yang besar, kawasan bahagian timur laut China diletakkan pada kedudukan strategik yang penting dalam pelaksanaan skim pembangunan di peringkat kebangsaan.

Hendaklah memperkukuh peranan kawasan bahagian Timur Laut sebagai tunjang dalam pelaksanaan strategi negara, menjalankan transformasi terhadap sektor pembuatan tradisional pacuan inovasi sains dan teknologi, dan mencetuskan momentum baharu bagi pembangunan.

Dalam pada itu, usaha diperlukan untuk memacu pembangunan pertanian moden yang berskala besar, meningkatkan kapasiti pengeluaran bijirin, dan memperkukuh usaha untuk memastikan kestabilan pengeluaran dan pembekalan bijirin. 

Selain itu, perlindungan ekologi perlu diperingkat, sumber bersih termasuk loji jana kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga angin, suria dan nuklear perlu dibangunkan dengan cepat dan dan giat membina pangkalan tenaga yang menyepadukan simpanan tenaga angin, suria, haba dan nuklear.

Mesyuarat itu juga menyatakan bahawa perlu meningkatkan perancangan dan pembinaan infrastruktur di kawasan sempadan di bahagian Timur Laut, dan aktif mengembangkan industri bercirikan tempatan.