Biden Ditemui Wang Yi di Rumah Putih

2023-10-28 13:00:20  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah ditemui ahli Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi di Rumah Putih pada Jumaat waktu tempatan.

Wang Yi terlebih dahulu menyampaikan salam Presiden China, Xi Jinping kepada Presiden Biden, dan turut menyatakan bahawa tujuan lawatannya adalah untuk menjalankan komunikasi dengan AS tentang pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, membantu hubungan dua hala keluar dari kemelut bersengketa malah mendorongnya berkembang ke arah stabil dan kembali ke landasan yang betul.

Wang Yi menyatakan, prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS sebagai dasar politik yang paling penting bagi hubunga dua hala, sepatutnya berada dalam keadaan terpelihara tanpa terjejas oleh gangguan luar. 

"China mementingkan harapan pihak AS yang mahu menstabilkan dan memperbaiki hubungan dengan China. Kedua-dua pihak kami diharap mengambil sikap bertanggungjawab ke atas dunia, sejarah dan rakyat, dan mendorong hubungan dua hala betul-betul berkembang ke arah yang stabil dan baik menurut tiga prinsip yang dikemukakan Presiden Xi iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi sama menang. Ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan kesejahteraan rakyat, tetapi juga merupakan yang dinanti-nantikan bersama oleh masyarakat antarabangsa," ujar Wang.

Sementera itu, Biden meminta Wang menyampaikan salam kepada Presiden Xi, dan membentangkan pendirian negaranya yang mementingkan hubungan dengan China, di samping menyatakan kesediaan AS untuk mengekalkan komunikasi dengan China untuk mengatasi cabaran sejagat bersama-sama.

Dalam tempoh lawatan di AS sebelum ini, Wang Yi  telah mengadakan perbincangan dua kali dengan Setiausaha Negara tuan rumah, Antony Blinken, dan juga menjalankan komunikasi strategik dengan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan.