CMG dan IOC Memeterai MoU

2023-10-28 15:49:17  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di ibu pejabat IOC di Lausanne, Switzerland pada Jumaat, dan bersama-sama menghadiri sesi buka tirai "batu peringatan CMG" di Muzium Olimpik.

Kedua-dua pihak dijangka akan memperkasakan kerjasama dalam penyiaran acara pertandingan Sukan Olimpik dan penyebaran budaya Olimpik.

Shen Haixiong menyatakan, CMG dan IOC yang mempunyai hubungan erat sudah bertahun-tahun komited untuk memperincikan kerjasama.

"CMG bersedia memperluas pertukaran dan kerjasama dalam pengajian dan pembangunan (R&D) teknologi inovatif dalam penyiaran, penerokaan acara pertandingan e-sukan dan pasaran golongan muda dan lain-lain, menjana impak sosial inisiatif dengan menyemarakkan semangat Olimpik, dan memupuk kedamaian melalui kegiatan sukan supaya dapat menyumbang kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan," kata Shen.

Sementara itu, Bach menunjukkan sambutan hangat terhadap kedatangan delegasi CMG yang diketuai Shen.

"CMG merupakan salah satu badan penyiar dan rakan kerjasama yang paling inovatif bagi IOC. Kami yakin akan liputan CMG terhadap Sukan Olimpik Paris 2024 dan berharap kedua-dua pihak dapat memperhalusi kerjasama, bersama-sama mempromosikan sukan dan budaya Olimpik, menyebarkan semangat Olimpik yakni 'perpaduan, persahabatan dan kedamaian' kepada seluruh dunia," kata Bach.