Sukan Para Asia ke-4 Labuh Tirai di Hangzhou

2023-10-28 15:12:49  CRI
Share with:

Semua acara pertandingan Sukan Para Asia ke-4 di Hangzhou akan berakhir  hari ini, sementara upacara penutupan pula akan diadakan malam nanti.

Demikian dimaklumkan dalam sidang akhbar dianjurkan Jawatankuasa Sukan Para Asia Hangzhou 2023 dan Jawatankuasa Sukan Paralimpik Asia.

Sukan Para Asia 2023 yang mencakupi hampir 3,000 acara pertanding menghasilkan 501 pingat emas, dan menunjukkan prestasi yang mengujakan dengan menyaksikan kemunculan 21  rekod dunia, 70 rekod Asia dan 263 rekod Sukan Para Asia yang baharu setakat semalam.