Pergelutan Politik AS Berlarutan melalui Pemilihan Speaker

2023-10-28 16:36:46  CRI
Share with:

Anggota Parti Republikan Amerika Syarikat (AS), Mike Johnson yang memenangi pengundian dengan mendapat 220 undi menyokong akhirnya dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS yang baharu pada Rabu, sekali gus menamatkan pergelutan politik ala AS yang berlarutan selama tiga minggu.   

Dewan Perwakilan AS berada dalam keadaan lumpuh dalam 3 bulan lalu akibat beberapa anggota Parti Republikan tidak berpuas hati dengan perjanjian antara Speaker Dewan Perwakilan AS ketika itu, Kevin McCarthy dan Parti Demokrat berhubung rang undang-undang peruntukan perbelanjaan jangka pendek, dan bersama-sama "memberontak" untuk menyingkirkannya daripada jawatan.  "Lokonan politik dalam pemilihan Speaker " terus dikemas kini seperti berikut:

Pada pusingan pertama, Ketua Majoriti Dewan Perwakilan Steve Scalise mendapat pencalonan partinya, tetapi hanya sehari kemudian, dia mengumumkan menarik diri daripada pemilihan  selepas menyedari bahawa  kemungkinan memperoleh undi yang mencukupi adalah sangat tipis.  

Pada pusingan kedua, anggota Parti Republikan konservatif sayap kanan, Jim Jordan tampil ke atas pentas. Namun dia mengalami kegagalan dalam persaingan dengan calon Demokrat sebanyak tiga pusingan sehingga namanya terpaksa dibatalkan dalam pencalonan.

Untuk pusingan ketiga pula, beberapa anggota Parti Republikan mencalonkan Tom Emmer untuk bertanding. Tetapi dia juga menarik diri beberapa jam selepas mendapat pencalonan kerana mendapat bantahan daripada sebahagian anggota Parti Republikan.

Pada ahirnya, Timbalan Speaker Parti Republikan, Mike Johnson berjaya terpilih setelah proses pengundian dipercepatkan.

The Washington Post menyifatkan tokoh konservatif yang kurang dikenali ramai itu sebagai pengikut setia bekas Presiden AS Donald Trump. Ini memperlihatkan Mike Johnson boleh mendapat pengiktirafan dari semua kumpulan dalam Parti Republikan. Namun, ini juga bermakna Mike Johnson yang hanya berkhidmat sebagai anggota Dewan Perwakilan selama enam tahun kurang pengalaman dan pelbagai kumpulan dapat memberi pengaruh kepadanya untuk menggalakkan pelaksanaan agenda sendiri. Maka, “lakonan politik dalam pemilihan Speaker Dewan Perwakilan" AS masih belum berakhir, dan mungkin baru sahaja bermula.

Amalan individualisme yang melampau terserlah dalam pemilihan speaker Dewan Perwakilan AS kali ini, namun sistem politik negara itu tidak mempunyai kaedah  berkesan untuk menangani masalah tersebut.  

Hasil tinjauan umum anjuran Reuters dan Ipsos baru-baru ini menunjukkan, dua pertiga penduduk AS berpendapat, ahli politik dari kedua-dua parti negaranya hanyut dalam persaingan antara parti, dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka. Artikel dalam laman web The New York Times baru-baru ini menyatakan, hanya 6 peratus penduduk AS mempunyai pandangan negatif terhadap kedua-dua parti politik negaranya pada tahun 1994, namun kini kadar itu telah mencapai 28 peratus.