Lima Pemenang "Anugerah Shanghai" Sempena Hari Bandar Sedunia

2023-10-29 15:47:30  CRI
Share with:

Majlis perasmian Anugerah Global Shanghai untuk Pembangunan Mampan di Bandar (Anugerah Shanghai) dan telah diadakan di Shanghai pada Sabtu, menandakan bermulanya temasya Hari Bandar Sedunia 2023 di China.

Lima buah bandar yang melibatkan bandar Fuzhou di China, bandar George Town di Penang Malaysia, bandar Brisbane di Australia, bandar Kampala di Uganda dan bandar Salvador di Brazil dinobatkan sebagai pemenang "Anugerah Shanghai". 

"Anugerah Shanghai" dianjurkan untuk menggalakkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 dan agenda bandar baharu, serta mengiktiraf sumbangan bandar-bandar yang berprestasi cemerlang dalam bidang pembangunan mampan di seluruh dunia. 

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa China  Ni Hong dalam ucapannya pada majlis perasmian itu berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Hari Bandar Sedunia yang diisytiharkan PBB.

Anugerah Global Shanghai untuk Pembangunan Mampan di Bandar yang dianjurkan dan disediakan oleh Program Penempatan Manusia PBB (UN-HABITAT) akan menerajui pembangunan bandar di seluruh dunia dan melonjakkan "pembinaan bandar-bandar yang inklusif, selamat, berdaya tahan terhadap bencana dan mampan" ke tahap yang baharu.

Naib Setiausaha Agung PBB yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Maimunah Mohd Sharif dalam ucapannya berkata aktiviti berhubung Hari Bandar Sedunia diadakan semula di Shanghai China membawa makna penting sempena ulang tahun ke-10 Hari Bandar Sedunia 2023. Inisiatif Jalur dan Laluan anjuran China dan prestasi cemerlang pelbagai bandar berkenaan memperlihatkan amalan konsep "berpaksikan kepentingan rakyat" dan boleh meneladani bandar-bandar lain di seluruh dunia.

Untuk rekod, Perhimpunan Agung PBB ke-68 meluluskan satu resolusi pada Disember 2013 untuk mengisytiharkan 31 Oktober setiap tahun sebagai Hari Bandar Sedunia mulai dari tahun 2014.  Ini juga merupakan hari antarabangsa pertama yang ditetapkan berdasarkan impak sosial inisiatif yang dijanakan China di PBB.