Konflik Palestin-Israel Ragut 9,200 Nyawa Lebih

2023-10-29 14:30:02  CRI
Share with:


Sejak konflik pusingan baharu tercetus antara  Palestin  dengan Israel pada 7 Oktober yang lalu, jumlah mangsa terbunuh dan tercedera terus meningkat. Menurut statistik berkenaan, konflik tersebut telah meragut lebih 9,200 nyawa setakat ini.

Badan kesihatan kawasan genting Gaza mendedahkan bahawa seramai 7,703 orang terbunuh di kawasan itu sejak tercetusnya konflik pusingan baharu. Manakala, Kementerian Kesihatan Palestin pula mendakwa 110 orang maut dan lebih 1,900 orang tercedera di pantai barat Sungai Jordan.

Sementara itu, surat khabar Jerusalem Post  memetik data diberikan badan kesihatan Israel melaporkan bahawa lebih 1,400 orang Israel dan warga negara lain maut setakat 18 Oktober lalu.

Dalam sidang akhbar diadakan Kabinet semasa peperangan Israel pada malam semalam, Perdana Menteri negara itu, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa pertempuran peringkat kedua yang menyasarkan Pergerakan Tentangan Islam (Hamas) sudah dimulakan seiring dengan lebih banyak pasukan tentera darat Israel sudah memasuki kawasan Gaza.