Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Finland

2023-10-29 09:09:09  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengucap takziah kepada rakan sejawatnya dari Finland, Sauli Väinämö Niinistö atas pemergian bekas Presiden negara itu, Martti Oiva Kalevi Ahtisaari. 

Selain menyampaikan salam yang ikhlas kepada ahli keluarga Mendiang, Xi menyatakan bahawa Mendiang merupakan tokoh politik yang dihormati di Finland, pernah memberi sumbangan positif dalam mendorong pembangunan hubunganFinland- China dan interaksi serta kerjasama  kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Xi menekankan bahawa China sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan hubungan dengan Finland, dan beliau bersedia berusaha bersama dengan Presiden Finland untuk terus mengukuhkan kerjasama persahabatan kedua-dua pihak, di samping mendorong hubungan rakan kerjasama model baharu China-Finland terus berkembang ke masa hadapan.