Sukan Para Asia Hangzhou Dapat Pujian

2023-10-30 13:02:18  CRI
Share with:

Sukan Para Asia Hangzhou mendapat pujian meluas dengan pertandingan menarik, pengurusan profesional serta perkhidmatan yang cekap.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Paralimpik Asia, Tarek Souei menyifatkan temasya itu amat cemerlang dalam semua aspek sehingga menjadi penanda aras bagi penganjuran acara pertandingan pada masa hadapan.

"Bagi orang kelainan upaya (OKU), kegiatan sukan dapat membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka.

"Kami yakin kehidupan golongan OKU di  China, bahkan seluruh Asia akan menjadi lebih indah menerusi aktiviti sukan," kata beliau. 

Sukan Para Asia edisi keempat yang menutup tirainya pada Sabtu, disertai lebih 3,000 orang atlet para dari 44 buah negara dan wilayah.

Ia turut menyaksikan sebanyak 21 rekod dunia, 72 rekod Asia dan 283 rekod Sukan Asia dipecahkan di Hangzhou.

Kehadiran sejumlah besar sukarelawan termasuk 12,000 orang yang bertugas di venue pertandingan membantu memastikan temasya berkenaan berjalan lancar.

Perkhidmatan disediakan mereka mencakupi perjalanan atlet, keselamatan pertandingan, katering dan penginapan serta bantuan perubatan, yang turut meninggalkan impresi mendalam buat peserta.