Metro Baharu Mexico City Beroperasi

2023-10-30 13:48:06  CRI
Share with:

Projek penaiktarafan metro laluan 1 Mexico City, ibu kota Mexico yang dijalankan oleh Kumpulan Lokomotif Zhouzhou CRRC diselesaikan dan beroperasi secara rasmi bermula 29 Oktober waktu tempatan.

Ini merupakan kali pertama projek metro tayar getah yang dibangunkan syarikat China beroperasi di luar negara, sekali gus membawa metro laluan 1 yang sudah beroperasi selama separuh abad di bandar itu ke pemodenan. 

Menurut CRRC, projek itu juga merupakan projek "sistem+" pertama syarikat berkenaan di luar negara. Tempoh perkhidmatannya selama 19 tahun. 

Projek itu telah disenaraikan sebagai Sepuluh Kes Klasik PPP Global oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 2022.

CRRC menubuhkan kilang di Queretaro, Mexico dan giat memperkasakan pembuatan tempatan. Setakat ini, jumlah pedagang pembekal tempatan telah melebihi 100 buah, berjaya memacu pembangunan rantaian perindustrian kelengkapan pengangkutan rel tempatan. 

Selain itu, projek tersebut turut memberikan limpahan manfaat kepada masyarakat tempatan, menawarkan peluang kerja, berkongsi pengalaman China, dan memberikan latihan profesional kepada hampir 300 juruteknik tempatan.