Israel Berkeras Tolak Gencatan Senjata

2023-10-30 16:58:03  CRI
Share with:

Tentera Israel terus melancarkan serangan udara terhadap Genting Gaza dari malam 29 hingga awal pagi 30 Oktober, menurut laporan TV Al-Jazeera dan TV Al Arabiya. 

Arabiya melaporkan bahawa Israel mula melancarkan serangan udara pusingan baharu terhadap kawasan utara Gaza, setelah gangguan komunikasi dan Internet dilaporkan berlaku di kawasan terbabit. 

Pada 30 Oktober, jurucakap Jabatan Perdana Menteri Israel mengatakan bahawa Israel "berkeras menolak" gencatan senjata kerana "perkara itu adalah diinginkan oleh gerakan Hamas". 

Jurucakap tersebut juga menyatakan bahawa tentera Israel tidak merancang untuk berada lama di Genting Gaza, dan akan berundur setelah "kekalahan Hamas dipastikan".