China Seru Gencatan Senjata Disegerakan di Gaza

2023-10-31 13:12:02  CRI
Share with:

China berharap resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan gencatan senjata dapat disegerakan di Genting Gaza.

Perhimpunan Agung PBB mengadakan sesi tergempar khas mengenai isu Palestin pada 28 Oktober, meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan di Genting Gaza. China membuat undi menyokong.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Isnin menyatakan bahawa resolusi itu mengutuk segala tindakan kekerasan yang menyasarkan orang awam, dan menuntut pelbagai pihak terlibat agar melindungi orang awam dan kemudahan awam. Resolusi itu juga menekankan mustahaknya untuk menyelesaikan isu Palestin berdasarkan "penyelesaian dua negara".  

Wang menyatakan bahawa China berulang kali menyeru pihak-pihak terlibat melaksanakan gencatan senjata, melindungi keselamatan orang awam, membuka koridor bantuan kemanusiaan, dan mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih teruk, supaya memainkan peranan membina demi penyelesaian isu Palestin secara komprehensif dan adil.

Beliau berkata, resolusi yang diluluskan dengan majoriti besar tersebut mencerminkan aspirasi kuat masyarakat antarabangsa yang mahu gencatan senjata disegerakan dan kekerasan dihentikan.