Filipina Dituntut Hentikan Tindakan Provokasi

2023-10-31 15:50:51  CRI
Share with:

Frigat nombor 39 Filipina memasuki kawasan perairan sekitar Pulau Huangyan, Laut China Selatan secara haram pada Isnin lalu. Kawasan Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengekori, memantau, memberikan amaran, dan menghalang frigat berkenaan berdasarkan undang-undang. 

Demikian dikatakan jurucakap Kawasan Medan Selatan PLA Tian Junli dalam kenyataan.

Menurut beliau, tindakan tentera Filipina itu menceroboh kedaulatan China, membelakangi undang-Undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, sekali gus akan mengakibatkan kesilapfahaman dan perselisihan. 

Pihak Filipina dituntut menghentikan tindakan pencabulan dan provokasi dengan serta merta bagi mengelakkan situasi daripada menjadi lebih meruncing. 

Pada masa sama, menurut Tian, pasukan tentera China berada dalam kewaspadaan tinggi, dan tidak berganjak untuk membela kedaulatan dan keselamatan negara serta kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.