Galak Golongan Wanita Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China: Xi

2023-10-31 14:21:20  CRI
Share with:

Usaha memperkasakan pembangunan negara melalui modenisasi ala China dan kebangkiatan nusa dan bangsa memerlukan perpaduan dan usaha seluruh rakyat. Peranan golongan wanita tidak dapat diganti. 

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan kumpulan pemimpin Persatuan Wanita Seluruh China (ACWF) penggal baharu di Beijing pada Isnin.

Xi berkata, China akan dengan tegas menempuh jalan pembangunan wanita bercirikan sosialis China, menggalakkan kaum wanita menjaga maruah, berkeyakinan terhadap diri-sendiri dan berbakti kepada pembangunan modenisasi ala China pada era baharu.

Beliau menyatakan bahawa usaha menjamin kepentingan dan hak kaum wanita dan kanak-kanak, mempromosikan kesaksamaan jantina, dan mendorong pembangunan golongan wanita dan kanak-kanak secara komprehensif adalah komponen penting dalam modenisasi ala China. Oleh itu, kerja menjaga hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak patut dijalankan dengan tepat, lengkap dan komprehensif.