Mayat Li Keqiang akan Dibakar pada 2 November

2023-10-31 14:30:59  CRI
Share with:

Mayat Komrad Li Keqiang akan dibakar di Beijing pada 2 November.  

Li adalah anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik penggal 17, 18, dan 19 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan mantan Perdana Menteri China.

Mayat mendiang telah dibawa ke Beijing dari Shanghai dengan pesawat khas pada 27 Oktober.

Sebagai tanda berkabung, bendera kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang di Dataran Tian'anmen, Dewan Besar Rakyat, Kementerian Luar di Beijing, pejabat jawatankuasa PKC dan kerajaan pelbagai peringkat di Tanah Besar, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Macau, pintu sempadan darat, laut dan udara, serta kedutaan dan konsulat China di luar negara, pada 2 November.