Kru Kapal Shenzhou-16 Selamat Kembali ke Bumi

2023-10-31 16:02:34  CRI
Share with:

Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-16 terdiri tiga angkasawan iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao selamat kembali ke Bumi pagi tadi.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), tiga angkasawan itu keluar dari kapsul kembali pada pukul 9.10 pagi dan berada dalam keadaan sihat.

Setakat ini, Jing Haipeng telah berjaya menyelesaikan empat kali misi ke angkasa lepas dan berada di orbit lebih 200 hari, sekali gus menjadi angkasawan yang menjalankan misi penerbangan angkasa lepas paling banyak di negara ini. 

Sementara itu, jurutera penerbangan angkasa lepas pertama China iaitu Zhu Yangzhu, dan pakar muatan pertama iaitu Gui Haichao juga berjaya menyelesaikan misi penerbangan kali pertama. 

Ini menandakan bahawa ketiga-tiga jenis angkasawan China telah menyelesaikan penilaian penerbangan dan ujian praktik, sekali gus meletakkan asas yang baik bagi pembangunan projek penerbangan angkasa lepas bermanusia selanjutnya dan eksperimen saintifik ruang angkasa secara besar-besaran.