China Bantah Kuasa Luar Jejaskan Ketenteraman Syria

2023-10-31 14:26:37  CRI
Share with:

China menentang kuasa luar mencampuri hal ehwal dalaman Syria, menjejaskan ketenteraman dan kestabilan negara itu.

Demikian kata Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu kemanusiaan politik Syria, pada Isnin.

Beliau berkata, ketegangan situasi harus dikawal dan dielak daripada merebak.  

"Baru-baru ini, konflik Palestin dan Israel bertambah meruncing, dan situasi sempadan Syria dengan Israel juga menjadi tegang.

"China menyeru pihak-pihak terbabit supaya mengawal diri semungkin boleh untuk mengelakkan konflik daripada merebak sehingga menjejaskan keselamatan serantau", kata Geng.

Beliau berkata China berharap negara dari luar rantau itu khususnya kuasa besar dapat bersikap objektif dan adil, memainkan peranan membina untuk meredakan ketegangan situasi.