CMG Anjur Dialog Jalur dan Laluan di Greece

2023-10-31 14:26:27  CRI
Share with:

Dialog Jalur dan Laluan China-Greece anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Athens pada Isnin.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata Greece merupakan peserta penting dalam usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga sahabat baik dan rakan kongsi China di Eropah.

Pembangunan Jalur dan Laluan adalah satu proses pertukaran, interaksi dan saling belajar sesama tamadun, tambah beliau.

Menurutnya, banyak aktiviti kebudayaan yang dilancarkan sempena dialog itu merupakan komponen penting dalam merancakkan interaksi tamadun antara China dengan Greece.

Dalam pada itu, bekas Presiden Greece Prokopios Pavlopoulos berkata kedua-dua negara membina jambatan komunikasi melalui dialog, mewujudkan model pembelajaran bersama antara tamadun dan model hubungan antarabangsa jenis baharu.

Greece dan China menjadi kekuatan penting dalam mempertahankan nilai keamanan dan keadilan dunia, kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Budaya Greece sedang menyusun memorandum kerjasama komprehensif dengan CMG, selain giat menggerakkan program kerjasama seperti pameran arkeologi Greece dan pusat kebudayaan Greece di China.