Kumpulan Penyerang Kapal Induk Kedua AS Masuk Mediterranean

2023-10-31 15:57:31  CRI
Share with:

Sejak tercetusnya konflik antara Palestin dengan Israel pusingan kali ini, Amerika Syarikat (AS) menyatakan "enggan melihat situasi menjadi lebih meruncing", namun pada masa sama, White House giat memberikan sokongan senjata dan tentera kepada Israel, mencampuri urusan di rantau itu.

Menurut laporan media AS pada Ahad, kumpulan penyerang kapal induk USS Dwight D. Eisenhower telah memasuki Mediterranean. Inilah kumpulan penyerang kapal induk kedua yang dihantar AS ke kawasan berkenaan, selepas kumpulan penyerang kapal induk Gerald R. Ford.

Menurut laporan NBC, kumpulan penyerang kapal induk Eisenhower memasuki Mediterranean pada 28 Oktober dan mara ke apa yang disebut "kawasan kawalan" markas pusat AS melalui Terusan Suez. 

Media AS rata-rata mengulas bahawa langkah Pentagon tersebut bertujuan untuk menakutkan Iran.