3,500 Kanak-kanak Palestin Dibunuh dalam Serangan Israel

2023-10-31 12:25:57  CRI
Share with:

Kira-kira 3,500 kanak-kanak Palestin dibunuh dalam serangan Israel dalam tempoh tiga minggu lalu. 

Menurut laporan TV Al Arabiya hari ini, Wakil Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour menyatakan demikian ketika berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan pada 30 Oktober.

Beliau mengatakan bahawa "perang di Gaza pada masa ini adalah menyasarkan kanak-kanak". Beliau menuduh Israel "cuba memindahkan penduduk Palestin secara paksa" di samping menekankan "tiada tempat yang selamat di Genting Gaza" buat masa ini. 

Wakil Palestin itu menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera dan memastikan bantuan kemanusiaan dihantar ke pelbagai kawasan di Genting Gaza.