CIIE Ke-6 akan Guna Tenaga Hujau 100%

2023-11-01 15:04:21  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 bakal diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 Oktober. Ekspo tersebut akan menggunakan tenaga hijau seratus peratus untuk julung-julung kalinya.

Semua lampu, penyaman udara dan kelengkapan di Pusat Konvensyen Negara, iaitu venue utama CIIE edisi ini akan menggunakan tenaga elektrik janakuasa fotovoltaik dan angin.

Penganjur CIIE kali ini membeli tenaga hijau sebanyak 8 juta kilowatt-jam dari wilayah lain, dengan kebanyakannya tenaga fotovoltaik dan angin dari provinsi Anhui. Tenaga hijau itu bukan sahaja dapat memenuhi permintaan penggunaan tenaga CIIE, malah juga boleh memenuhi permintaan venue tersebut sepanjang November ini.