China Keluarkan Pelan Induk Zon Rintis Perdagangan Bebas Xinjiang

2023-11-01 14:03:39  CRI
Share with:

Dewan Negara China mengeluarkan Pelan Induk Zon Rintis Perdagangan Bebas Xinjiang mutakhir ini.

Menurut pelan itu, pembinaan zon rintis perdagangan bebas di Xinjiang adalah satu langkah strategik penting untuk menggalakkan pembaharuan dan pintu terbuka pada era baharu. 

Zon itu akan dibina menjadi teladan bagi pembangunan berkualiti tinggi di kawasan tengah dan barat China, sementara membina Xinjiang sebagai hab penting bagi dwi kitaran domestik dan antarabangsa, berkhidmat kepada pembinaan kawasan teras Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Menurut pelan itu, ia juga bermanfaat bagi pembinaan pangkalan terdepan bagi laluan emas Eurasia dan keterbukaan kawasan barat China, sekali gus akan menyumbang besar kepada pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah.