Karya Fotografi Papar Landskap Desa China

2023-11-01 12:14:59  CRI
Share with:


Minggu Fotografi Antarabangsa Beijing atau Photo Beijing 2023 diadakan baru-baru ini dengan menumpu kepada sembilan topik utama antaranya pembangunan kawasan luar bandar.

Karya fotografi yang bertemakan landskap baharu pembangunan desa di China turut dipamerkan sempena aktiviti itu.

Dalam tempoh sedekad lalu, Photo Beijing telah menganjurkan sebanyak 440 pameran dan lebih 240 forum yang menyaksikan penyertaan 15,000 orang jurugambar dan 270 buah institusi.