Forum Xiangshan, Platform Bincang "Keselamatan Bersama"

2023-11-01 15:01:03  CRI
Share with:

Forum Xiangshan ke-10 menutup tirainya di Beijing pada Selasa. Lebih 1,800 wakil dari lebih 100 negara, kawasan dan organisasi antarabangsa mengadakan perbincangan tentang topik "keselamatan bersama, kedamaian berkekalan". 

Ini kali pertama forum Xiangshan diadakan di luar talian dalam tempoh empat tahun lalu. 

Pada masa ini, krisis Ukraine dan konflik Palestin-Israel menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Namun forum kali ini tetap menjadi fokus dan ini mencerminkan hasrat masyarakat antarabangsa untuk membincangkan isu keselamatan serta meningkatkan pertukaran dan dialog. 

Pakar yang menyertai forum kali ini rata-rata menyatakan seruan yang mahu "lebih banyak usaha diplomatik, rundingan dan pertukaran".

Inisiatif  Keselamatan Global (GSI) yang dianjurkan China telah menjadi pelan penyelesaian penting bagi tadbir urus global dan mendapat respons positif dari lebih 100 negara dan organisasi antarabangsa.

Bagaimana mewujudkan "keselamatan bersama"? Melalui forum Xiangshan edisi ini, orang awam memperoleh jawapan yang amat jelas.

Di forum Xiangshan, lebih banyak negara membangun berpeluang untuk bersuara.

"Duduk bersama dan berbincang dengan tenang" adalah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap forum itu. Dialog dan muafakat serta menyelesaikan perselisihan dan konflik antara negara amat penting bagi mewujudkan keselamatan bersama. 

Wakil dari negara-negara yang terlibat dalam konflik pada masa ini seperti Israel, negara-negara Arab, Rusia dan Ukraine dijemput mengadakan dialog dan perbincangan sempena forum kali ini. Menurut penganalisis, satu mesyuarat tidak dapat menyelesaikan masalah keselamatan yang rumit, tetapi asalkan pihak-pihak berkenaan sudi duduk bersama, memandang masa hadapan dan meningkatkan pertukaran dan komunikasi, ada harapan untuk mendapat cara untuk menyelesaikan konflik. 

Forum Xiangshan membolehkan segelintir kuasa besar dari Barat mengetahui pandangan negara-negara lain dan mendengar suara mereka. Ini amat penting bagi pelbagai negara berusaha bersama untuk mewujudkan kerjasama dan sama menang.