Sidang Kerja Kewangan Pusat Diadakan

2023-11-01 14:00:51  CRI
Share with:

Sidang kerja kewangan pusat diadakan di Beijing pada 30 hingga 31 Oktober.

Presiden Xi Jinping menghadiri sidang itu dan menyampaikan ucapan penting.

Sidang itu menekankan bahawa kewangan adalah nadi ekonomi negara, dan juga komponen penting daripada daya saing teras negara.

Oleh itu, adalah mustahak untuk mempercepat pembinaan negara kuat melalui kewangan, meningkatkan penyeliaan dan kawalan kewangan secara komprehensif, dan menyempurnakan sistem kewangan.

Selain itu, sidang itu juga menegaskan bahawa usaha harus diperkasakan untuk mengoptimumkan perkhidmatan kewangan, mencegah risiko kewangan, dan dengan tegas menempuh jalan pembangunan kewangan bercirikan China.