Xi Balas Surat kepda Saintis Tersohor Cuba

2023-11-01 13:58:26  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping membalas surat kepada saintis tersohor dari Cuba, Pedro mutakhir ini. 

Xi menyatakan, Pedro membaktikan diri dalam usaha merapatkan persahabatan antara Cuba dengan China, mendorong kerjasama penyelidikan saintifik antara China dengan negara luar, dan mencapai pelbagai kemajuan signifikan. Xi mengucapkan tahniah kepada Pedro dan kumpulan kerja pimpinannya.

Xi menegaskan bahawa kerjasama sains dan teknologi antarabangsa merupakan arus perkembangan sezaman. 

"Tahun ini ulang tahun ke-10 saya menganjurkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Aspirasi saya menganjurkan inisiatif ini adalah untuk meneroka kaedah baharu pembangunan bersama pelbagai negara.

"Saya berharap China dan Cuba akan mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi agar memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara", kata Xi.