Hospital di Gaza Kekurangan Ubat Bius
2023-11-01 15:12:58 CRI
Gaza berdepan malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk, menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Dilaporkan, sepuluh pakar ICRC termasuk sebuah pasukan perubatan medan telah tiba di Gaza pada Jumaat lalu bersama enam lori yang membawa bekalan perubatan dan peralatan penulenan air.
Video ini merakamkan ketibaan bekalan perubatan di Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza pada 29 Oktober.
Pengarah hospital itu, Dr. Nahed Abu Taima berkata bekalan ubat masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan di Gaza, terutamanya anestetik.