Pemeliharan Ulat Sutera di Shanxi

2023-11-02 11:28:24  CRI
Share with:

Pembangunan pangkalan pemeliharaan ulat sutera dan pelaksanaan projek pilot dalam taman industri ulat sutera dipergiatkan di kampung Xiyin, kaunti Xia, provinsi Shanxi pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Sepanjang pelaksanaan skim pembangunan desa, penduduk kampung bukan sahaja mendorong perkembangan industri pemeliharaan ulat sutera yang merupakan tradisi tempatan, tetapi juga menumpu kepada pemprosesan produk berkaitan ulat sutera serta makanan dan ubat-ubatan berkaitan pokok Mulberi.