Insiden Tembakan Berlaku di Beberapa Tempat AS
Insiden tembakan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada 31 Oktober.
Kes tembakan berlaku di Ben Salim, Pennsylvania pada malam hari berkenaan, mengakibatkan seorang remaja berusir 14 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi cedera.
Pada hari sama, kes tembakan berlaku di bandar Newark, Delaware. Dua remaja dan seorang wanita berumur 20 tahun menjadi mangsa.
Laporan yang diumumkan firma tinjauan Gallup pada 31 Oktober mendapati bahawa 56 peratus responden dari AS menyokong akta kawalan senjata api yang lebih ketat.
Sejak tahun 2015, jumlah yang menyokong tindakan memperhebat kawalan senjata api kekal melebih separuh rakyat di negara itu.