Ekonomi Kampung yang Bertunjangkan Industri Pisang Kaki

2023-11-02 13:46:59  CRI
Share with:

Industri penanaman dan pemprosesan pisang kaki yang bermodelkan "syarikat + koperasi + pekebun" giat diperkembangkan di kampung Liumen, bandar Yuzhou, provinsi Henan di mana terdapat sumber semula jadi dan landskap geografi yang serasi. 

Pada masa ini, ekopelancongan yang bersandarkan pada industri pisang kaki mula berkembang di kampung Liumen yang mempunyai tanaman pisang kaki seluas 320 hektar lebih, dan beransur-ansur menjadi momentum baharu bagi pelaksanaan skim pembangunan desa tempatan.