Jepun Digesa Tangani Pelepasan Air Radioaktif Secara Saintifik, Selamat dan Telus

2023-11-02 14:11:16  CRI
Share with:

TEPCO memulakan pelepasan air sisa radioaktif dari Fukushima untuk pusingan ketiga pada hari ini. 

Jurucakap Kedutaan Besar China di Jepun menyatakan bahawa tindakan Jepun melepasan air sisa radioaktif ke laut telah membawa risiko besar kepada keselamatan alam sekitar laut di seluruh dunia. Pendirian China yang menentang pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke laut adalah jelas dan teguh.

"China sekali lagi menuntut pihak Jepun memberi respons kepada kebimbangan masyarakat antarabangsa, menerima penyertaan pihak-pihak berkepentingan dan penyeliaan antarabangsa yang berkesan dalam jangka panjang, menangani air sisa radioaktif secara saintifk, selamat dan telus," katanya.