Taufan Otis Badai Mexico, Lebih 100 Orang Maut atau Hilang
2023-11-02 12:50:59 CRI
Laporan Reuters pada Rabu memetik kenyataan pakar sebagai berkata, lebih 100 orang maut atau hilang akibat taufan Otis yang membadai Mexico.
Kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan, dan bahan bantuan telah dihantar ke kawasan terjejas.
Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, taufan Otis ialah "salah satu siklon tropika yang paling pantas bertambah kuat dalam rekod", hanya di belakang taufan Patricia yang membadai pantai Pasifik di Mexico pada 2015.