Rancakan Landskap Pelancongan Musim Lembap

2023-11-02 14:18:07  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, paradigma pelancongan baharu yang “musim lembap tak lembap” terbentuk di tapak peranginan Bunga Azalea Baili di bandar Bijie provinsi Guizhou, hasil perkembangan sistem gabungan pakej pelancongan yang menumpukan kepada "makan, penginapan, perjalanan, melancong, membeli-belah dan hiburan", dengan melibatkan hotel dan program inap desa yang mempunyai  mata air panas, perkhemahan, ekopelancongan hortikultul dan mall perubatan.

Tapak Peranginan Bunga Azalea Baili yang mengutamakan peningkatan kualiti perkhidmatan dilaporkan menerima kunjungan 6.4 juta pelancong pada Januari hingga September tahun ini yang menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 54.16%.