Gerai Gunting Rambut di Gaza

2023-11-03 14:46:26  CRI
Share with:

Orde sosial di Genting Gaza hampir lumpuh selepas tiga minggu dikepung.

Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), bekalan pasaran di Gaza akan habis, manakala barang bantuan kemanusiaan yang dihantar menerusi lori dari Mesir tidak mencukupi.  

Seorang tukang gunting rambut di Khan Younis berkata, ramai kehilangan tempat berteduh akibat perang. Beliau berharap perkhidmatan gunting rambut yang diberikannya dapat sedikit sebanyak menenangkan hati mereka, dan perang akan berakhir secepat mungkin.