Kerja Persiapan CIIE Edisi Keenam Selesai

2023-11-03 14:58:54  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam akan diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November ini. 

Pameran komprehensif negara, sebagai salah satu bahagian penting ekspo kali ini, telah siap. Selain pameran barang, langkah-langkah penjaminan termasuk tenaga, komunikasi, pencegahan kebakaran dan tindak balasnya juga telah disiapkan. 

Dalam pada itu, jaminan perkhidmatan termasuk kewangan, insurans pula disediakan. Perkhidmatan pembayaran mudah alih yang khusus untuk warga asing di China ditambah baik dengan kad bank asing diterima oleh mesin pos tempatan Shanghai dan perkhidmatan pertukaran mata wang asing ditawarkan di venue ekspo tersebut.