Rundingan Perubahan Iklim China-AS akan Diadakan

2023-11-03 12:31:10  CRI
Share with:

Utusan khas China mengenai perubahan iklim, Xie Zhenhua akan mengadakan perbincangan dengan utusan khas iklim Presiden Amerika Syarikat (AS) John Kerry di California dari 4 hingga 7 November ini. 

Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha menggalakkan tindakan dan kerjasama perubahan iklim dan menyokong Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Dubai diadakan dengan jayanya.