Xi Ucapkan Tahniah kepada Persidangan Bandar Persahabatan China-AS

2023-11-03 13:39:29  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Persidangan Bandar Persahabatan China-Amerika Syarikat (AS) Kelima yang diadakan di bandar Suzhou hari ini.

Xi menyatakan bahawa asas hubungan China-AS tersemai di dalam kalangan rakyat. Sejak terjalinnya hubungan persahabatan bandar pertama pada tahun 1979, China dan AS telah menjalinkan 284 ikatan provinsi atau bandar persahabatan.

Persidangan bandar persahabatan China-AS antara mekanisme penting dalam pertukaran tempatan kedua-dua negara ini, sekali gus memainkan peranan positif dalam mempromosikan pembangunan dan kerjasama bandar persahabatan terlibat. 

Beliau berharap pihak-pihak yang menyertai persidangan ini terus berperanan sebagai jambatan pertukaran tempatan antara China dan AS, menyumbang kepada perkembangan hubungan China-AS yang sihat dan stabil, dan peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.