PBB Luluskan Resolusi, Gesa AS Hentikan Sekatan terhadap Cuba

2023-11-03 15:03:46  CRI
Share with:

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 meluluskan resolusi dengan majoriti undi, sekali lagi menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan ekonomi, perdagangan dan kewangan ke atas Cuba. 

Ini kali ke-31 resolusi seumpama diluluskan Perhimpunan Agung PBB.

Dalam pengundian terhadap draf resolusi yang dikemukakan oleh Cuba, 187 buah negara anggota membuang undian setuju, manakala AS dan Israel membuang undi menentang, dan Ukraine membuang undi berkecuali.

Menurut wakil China, sekatan AS terhadap Cuba selama lebih 60 tahun mengakibatkan kerugian sebanyak USD160 bilion kepada negara itu. Masyarakat antarabangsa tidak dapat membiarkan perkara tersebut dan diseru bersama-sama mengutuk sekatan AS. Di samping itu, tindakan paksa sepihak AS terhadap Cuba dan negar-negara berkaitan mesti dihentikan dengan serta-merta.