CIIE Penyedia Peluang kepada Dunia

2023-11-03 14:57:43  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam bakal berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November.

CIIE kali ini diadakan sepenuhnya secara fizikal dan juga menjemput negara tetamu kehormat.

Lebih kurang 3,000 perusahaan berdaftar untuk menyertai ekspo itu, yang meliputi kawasan pameran seluas 360,000 meter persegi.

Dalam lima edisi lalu, kira-kira 2,000 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu dari 131 buah negara dan organisasi antarabangsa membuat debut dengan nilai transaksi mencecah hampir USD350 bilion (RM1.658 trilion).

Seperti yang dinyatakan Presiden Xi Jinping, CIIE bertujuan memperluas keterbukaan dan menjadikan pasaran raksasa China peluang kepada seluruh dunia.

Menurut beliau, ekspo itu sudah menjadi jendela bagi membina paradigma pembangunan baharu, platform bagi menggalakkan keterbukaan bertaraf tinggi, serta produk awam antarabangsa dikongsi semua.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, CIIE menarik kehadiran semakin ramai peserta, sekali gus memperlihatkan amalan 'berganding tangan' dan 'runtuhkan tembok' yang ditegakkan China sejajar dengan trend sezaman dan aspirasi rakyat.