Pertemuan Xi dengan Canselor Jerman Secara Maya

2023-11-04 15:26:35  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Canselor Jerman Olaf Scholz telah mengadakan pertemuan secara maya petang Jumaat.

Xi menyatakan bahawa China dan Jerman selaku rakan berkongsi strategi komprehensif, bersama-sama melakar pencapai berdasarkan semangat saling menguntungkan dan menang-menang, manakala bersama-sama merancakkan perkembangan berdasarkan sikap saling melengkapi dan belajar antara satu sama lain. Ini antara pengalaman berharga yang menyaksikan hubungan China-Jerman berkembang lancar pada beberapa dekad yang lalu, dan patut dihargai dan diwariskan oleh kedua-dua pihak. 

"Lebih daripada 130 syarikat Jerman akan mengambil bahagian dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6, mencerminkan keyakinan sektor korporat Jerman terhadap pembangunan China. Diharapkan Jerman juga akan mengekalkan tahap keterbukaan yang tinggi terhadap syarikat pelabur China. China dan Jerman dipercayai akan teruja dalam meneroka potensi kerjasama yang lebih besar demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, ujar Xi.

"Hubungan China-EU berkaitan dengan kestabilan struktur dunia dan kemakmuran benua Eurasia. Diharapkan Jerman berusaha bersama dengan China untuk melindungi persaingan pasaran yang adil dan perdagangan bebas, selain memperjuangkan kestabilan rantaian bekalan industri global," tambah beliau.

Scholz pula menyatakan bahawa hubungan dengan China sangat penting bagi Jerman. Pihaknya bersedia untuk meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara, terus memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang, dan berharap syarikat Jerman akan mencapai kejayaan yang lebih besar di China.