Greece Sedia Jadi Jambatan dalam Kerjasama EU-China

2023-11-04 15:07:15  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis di Dewan Besar Rakyat Beijing petang Jumaat lalu.

Xi mengatakan, China dan Greece merupakan rakan dalam pembangunan bersama di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pertukaran tamadun. China menghargai hubungan persahabatan tradisional dengan Greece dan bersedia bersama-sama Greece berpandukan strategi yang dicapai kedua-dua pihak meningkatkan tahap keterbukaan dan kerjasama agar menambah warna yang bercirikan zaman baharu kepada Perkongsian Strategi Komprehensif China-Greece. 

"China komited bersama-sama Greece meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing, memperkasakan kerjasama dalam bidang lalu lintas, perkapalan, komunikasi dan kewangan di samping memperluas peluang kerjasama dalam bidang ekonomi hijau, ekonomi digital serta inovasi sains dan teknologi, kata Xi.

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya Perkongsian Strategi Komprehensif China-Kesatuan Eropah (EU). China bersedia bersama-sama EU mempertahankan fahaman yang betul, menfokuskan konsensus, menetapkan arah dan memperkasakan kerjasama menang-menang dalam pelbagai bidang, di samping berharap agar Greece memainkan peranan yang bersifat membina dalam hubungan China-EU, " tambah beliau.

Kyriakos Mitsotakis pula menyatakan, pihaknya mempertahankan pelaksanaan dasar Satu China, dan memuji tinggi pendirian China yang adil dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa. 

"Greece bersedia mengeratkan kerjasama pelbagai hala dengan China dan menjadi jambatan bagi kerjasama dalam kerjasama EU-China. EU dan China sama sekali boleh bekerjasama berdasarkan semangat sama rata dan saling menghormati. Greece komited terus mendorong hubungan EU-China berkembang dengan sihat," ujar Kyriakos.