Xi Jinping Kirim Surat Tahniah kepada CIIE Ke-6

2023-11-05 14:39:24  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 yang dirasmikan di Shanghai hari ini.

Beliau mengatakan, CIIE telah diadakan dengan jayanya sebanyak lima kali sejak 2018. Ekspo ini menggunakan kelebihan pasaran yang amat besar di China, memainkan peranan sebagai platform pembelian antarabangsa, pendorongan pelaburan, pertukaran dalam kalangan rakyat, serta keterbukaan dan kerjasama, menyumbang kepada usaha mempercepat pembinaan paradigma pembangunan baharu dan menggalakkan pembangunan ekonomi dunia.

Xi berharap agar CIIE dapat meningkatkan fungsi sebagai tingkap pembinaan paradigma pembangunan baharu, memberikan peluang baharu kepada dunia menerusi pembangunan baharu China, menawarkan perkhidmatan produk awam antarabangsa yang boleh dikongsi seluruh dunia, mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka agar kerjasama sama menang dapat membawa manfaat kepada seluruh dunia.