Xi Ucapkan Takziah kepada Presiden Nepal

2023-11-05 15:19:45  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Nepal, Ram Chandra Poudel atas gempa bumi yang menggegarkan negara itu, pada Sabtu.

Xi mengatakan beliau terkejut apabila mengetahui bencana gempa bumi berlaku di Karnali dan menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang teruk di Nepal.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa yang terjejas dalam bencana berkenaan.

Xi menyatakan bahawa beliau percaya agar rakyat di kawasan bencana pasti akan dapat mengatasi kesulitan dan membangunkan semula kampung halaman mereka di bawah pimpinan Presiden Poudel. 

Beliau menyatakan, China bersedia menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada Nepal.