Xi Ucap Tahniah Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi BRI

2023-11-06 13:16:22  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi Jalur dan Laluan edisi pertama di Chongqing hari ini.

Xi berkata usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berada di fasa baharu pembangunan berkualiti, dan kerjasama sains dan teknologi merupakan komponen penting.

Presiden itu menyatakan China akan menyemarakkan semangat Jalan Sutera yang berteraskan prinsip damai dan bekerjasama, terbuka dan inklusif, saling belajar dan untung bersama.

Selain giat melaksanakan pelan tindakan inovasi teknologi BRI, China akan bersama negara terlibat untuk mencungkil titik pertumbuhan dan potensi kolaborasi inovatif, di samping memastikan hasil inovasi dinikmati seluruh rakyat.