Kemaraan Se Arah Pacuan CIIE

2023-11-06 13:07:07  CRI
Share with:

Dalam surat tahniah kepada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 yang dirasmikan di Shanghai pada Ahad, Presiden China, Xi Jinping menzahirkan harapan agar “CIIE dapat meningkatkan fungsinya sebagai satu tingkap bagi dunia luar mengenali pembinaan Paradigma Pembangunan Baharu,” “memainkan peranannya sebagai platform bagi mendorong peningkatan tahap keterbukaan,” dan “menawarkan perkhidmatan produk awam antarabangsa yang boleh dikongsi seluruh dunia.” 

Ini bermakna CIIE sudah diberi visi dan misi yang lebih holistik dan dipercayai kondusif bagi China dan rakan kongsinya memacu kemaraan se arah ke situasi sama untung.

Lima edisi CIIE yang diadakan dengan jayanya sejak 2018 menyaksikan pemeteraian kontrak perdagangan yang bernilai kira-kira USD350 bilion (RM1.63 trilion), manakala "barang pameran dipasarkan menjadi komoditi" dan "pempamer berubah menjadi pelabur" mencerminkan konglomerat multinasional mendapat ruang perkembangan yang luas.

Sebanyak 442 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu yang dipercayai akan menjadi tarikan besar bagi kumpulan pembeli domestik akan membuat debut pada CIIE edisi 2023, dan dijangka boleh cepat mengakses pasaran China dengan prestasinya yang tinggi. Pembangunan China pada fasa baharu akan menyediakan peluang baharu kepada dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura, Kok Ping Soon menyatakan, pihaknya amat gembira melihat China konsisten meningkatkan tahap keterbukaan pasaran. Langkah ini amat penting dalam senario ekonomi global semasa. 

Dalam Forum Ketiga Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk Kerjasama Antarabangsa yang berjaya diadakan di Beijing tidak lama dahulu, China mengemukakan lapan langkah untuk menyokong kerjasama berkualiti tinggi dalam kerangka BRI, termasuk menyokong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

Dilaporkan, terdapat 64 dari 72 negara pempamer CIIE tahun ini yang mempunyai kaitan dengan pembinaan bersama BRI, manakala lebih 1,500 daripada 3,400 syarikat pempamer berhubungan dengan BRI.

Pembangunan Projek Pilot Kerjasama "Jalan Sutera E-dagang" di Shanghai yang diumumkan China pada CIIE tahun ini akan membawa sinar harapan kepada rakyat di banyak negara. 

Dalam tempoh lima tahun akan datang, jumlah import dan eksport perdagangan barangan dan perkhidmatan China dijangka masing-masing melebihi USD32 trilion (RM149 trilion) dan USD5 trilion (RM23.34 trilion). Sebagai pameran peringkat kebangsaan yang bertemakan import pertama di dunia, CIIE dipercayai akan terus menjadi platform berkongsi dividen sepanjang pelaksanaan dasar terbuka dan memudahkan syarikat asing untuk menembusi pasaran China. Manakala pasaran gergasi China juga akan menjadi pasaran yang dikongsi bersama seluruh dunia untuk memacu kemaraan se arah ke situasi sama untung.