Projek BRI Bawa Perubahan Substantif kepada Kenya

2023-11-06 14:44:58  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berpandangan jauh. Berdasarkan pengalaman jalan sutera pada berabad-abad yang lalu, ia menumpu kepada pembangunan perdagangan pada abad ke-21melalui pembinaan infrastruktur moden melibatkan jalan raya, landasan kereta api, teknologi digital dan sebagainya. 

Presiden Kenya, William Ruto berkata demikian dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

“BRI telah membuahkan hasil yang ketara satu demi satu melalui pembinaan bersama anjurannya, misalnya landasan kereta api standard Mombasa-Nairobi yang berada dalam operasi di Kenya pada masa ini. Jauh sebelum ini ketika rancangan pembinaan landasan kereta api Mombasa-Nairobi baru diumumkan, ramai orang beranggapan ia sukar dipercayai. Kini, landasan kereta api Mombasa-Nairobi yang berperanan sebagai pengangkut kargo dan penumpang, telah membawa perubahan substantif kepada Kenya,” kata William Ruto.

Landasan kereta api Mombasa-Nairobi siap dibina oleh syarikat China, dan mula beroperasi pada tahun 2017. Laluan kereta api yang sepanjang kira-kira 480 kilometer itu dilengkapi 33 stesen, dan berfungsi menghubungkan Nairobi, ibu kota Kenya dengan Mombasa, pelabuhan terbesar di Kenya malah Afrika Timur. 

Projek ini telah mencipta lebih daripada 74,000 pekerjaan di Kenya dan memupuk lebih 2,800 bakat teknikal dan pengurusan profesional kereta api yang berkaliber tinggi dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosial dan ekonomi tempatan.

“Tentang prospek kerjasama antara Kenya dengan China, kami menghargai peruntukan China  dalam bidang sumber tenaga boleh dibaharui, dan pendekatan serta pencapaiannya boleh diteladani. China sudah memberikan sumbangan besar kepada usaha memperkenalkan sumber tenaga boleh dibaharui. Diketahui umum, banyak infrastruktur yang melibatkan sumber tenaga boleh dibaharui seperti panel suria adalah diterokai China, ujar William Ruto.

“China sebagai peneraju dalam bidang teknologi sumber tenaga boleh dibaharui, dan Kenya sebagai penggiat kempen antarabangsa untuk menangani perubahan iklim, boleh meneroka potensi kerjasama bilateral dalam bidang sumber tenaga boleh dibaharui, terutamanya kerjasama yang melibatkan suria, tenaga geoterma, tenaga angin dan tenaga air di benua Afrika. Kesemua ini adalah fokus Kenya dalam pembangunan selanjutnya,” tambah beliau.